Kita Pemimpin ! Layak atau Tidak

RASULULLAH s.a.w pernah bersabda; terdapat tujuh golongan yang mendapat perlindungan Allah s.w.t pada hari akhirat, apabila semua manusia dan makhluk dibangkitkan, iaitu pemerintah yang adil, pemuda membesar dalam keadaan sentiasa beribadat kepada Allah.

Lelaki yang hatinya sentiasa ingat kemuliaan masjid, dua orang lelaki yang berkasih-kasihan semata-mata kerana Allah, lelaki digoda perempuan cantik lagi berkedudukan bagi melakukan kemungkaran sedangkan lelaki berkenaan menolak pujukan dan rayuan wanita berkenaan, semata-mata kerana takut azab Allah kerana melakukan perbuatan terkutuk itu.

Lelaki yang bersedekah dengan sesuatu sedekah dengan tangan kanannya, sedangkan tangan kiri tidak mengetahuinya dan lelaki yang basah mulutnya kerana berzikir pada malam hari ditemani kesunyian, sambil memohon ampun ke hadrat Ilahi akan dosa lampau serta memohon keampunan menerusi pelbagai ibadat, termasuk zikir, munajat, tahmid, tasbih, solat dan membaca al-Quran.
[ad#advertlets]
Hadis itu dinyatakan penceramah bebas, Subri Md Arshad, di majlis ceramah Surau As-Siddiqin, Bandar Tasik Puteri, dekat Rawang, Selangor, baru-baru ini.Ceramah itu adalah satu daripada aktiviti bulanan surau berkenaan.

“Kita semua adalah pemimpin. Seorang bapa pemimpin kepada isteri dan anak-anaknya di rumah. Guru pemimpin kepada generasi pelajar yang bakal mewarisi kepemimpinan negara masa depan. Pemerintah pemimpin kepada seluruh rakyat jelata.

“Setiap pemimpin dipertanggungjawabkan amanah untuk dilaksanakan bagi memastikan orang di bawah pimpinannya memperoleh kebahagian di dunia dan akhirat,” katanya.

Beliau juga mengingatkan ibu bapa memastikan anggota masyarakat setempat terhindar daripada ancaman moden, termasuk masalah dadah, pergaulan muda-mudi melampaui batasan, Internet dan hiburan melalaikan.- Harian Metro

Berdasar pada petikan diatas , selain RASULULLAH s.a.w pernah bersabda; terdapat tujuh golongan yang mendapat perlindungan Allah s.w.t pada hari akhirat saya begitu tertarik dengan “kita semua adalah pemimpin”.Memang benar kita semua pemimpin tapi layakkah kita bergelar pemimpin.Layak atau tidak layak kita kena jadi pemimpin.Samada pemimpin yang baik atau buruk , terpulang kepada kita untuk mewarnainya.Sebaik-baiknya warnailah dengan warna kebaikan kerana ia akal kekal didunia dan akhirat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *