Derita Gatal Badan

Salam sahabat semua….semalam , dalam perjalanan dari kampung aku membeli Harian Metro.Aku cukup sedih melihat gambar dan membaca berita mengenai penyakit yang dihidapi oleh kanak-kanak berusia 3 tahun.Kanak-kanak tersebut mengidap penyakit tersebut sejak lahir lagi.Bayangkan macam mana ibubapa menjaga beliau (mungkin anda tidak dapat membayangkan kerana anda tidak pernah mengalami situasi seperti ini).Bagi aku , aku dapat bayangkan betapa seksa / perit / susah / sedih dan macam-macam perasaan lagi bila menghadapi situasi seperti ini.Namun itulah dinamakan kasih seorang ibu pada anak.

penyakit kulit

Kanak-kanak yang saya maksudkan bernama Muhammad Hazim yang menghidapi penyakit gatal dan bengkak seluruh badan.Mengikut doktor yang merawatnya , penyakit ini dinamakan Alagille”s Syndrome.Sejak akhir-akhir ini aku cukup sensitif bila kanak-kanak mengalami penyakit kulit kerana anak aku sendiri pernah mengalaminya iaitu Ekzema.Tapi aku bersyukur pada Allah Taala kerana izinNya , anak aku semakin sembuh.

Mengikut berita dalam Harian Metro , ibubapa kanak-kanak tersebut memerlukan bantuan dari segi kewangan kerana mereka tidak mampu untuk merawat kos perubatan anaknya.Aku tidak nafikan kos rawatan bagi penyakit kulit memang mahal dan memerlukan penjagaan yang rapi.So bagi mereka yang berkemampuan boleh menghulurkan bantuan boleh memasukkan ke Bank Rakyat Cawangan Baling milik bapa pesakit atas nama Mat Isa Ahmad , 22-004-130628-1.

Jika anda mengenali keluarga pesakit , boleh beritahu saya cara untuk menghubungi beliau kerana saya ingin mencadangkan minyak kelapa dara sebagai losyen kerana bahan ini asli tanpa meninggalkan kesan sampingan daripada menggunakan bahan kimia yang terlalu kerap pada kulit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Comments

  1. Motivasi Kerja September 29, 2009
  2. fenix October 6, 2009

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *