Dari Kaca Mata Seorang Blogger Sambilan

Yamaha Y15ZR

Yamaha Y15ZR

Yamaha Y15ZR Jadi Pilihan Aku

Motosikal ini dilancarkan pertama kali pada tahun lalu di Vietnam dengan nama Yamaha Exciter 150.Kemudian di Indonesia dengan nama Jupiter MX King dan seterusnya Thailand. Para peminat moped Yamaha di Malaysia terpaksa menunggu sehingga Ogos lalu sebelum ia dilancarkan. Lencananya berbunyi lebih elegan, Y15ZR. Berbeza dengan negara jiran kita, Hong Leong Yamaha Malaysia lebih gemar memilih kod berbanding nama untuk menyelaraskan profil motosikal ‘berprestasi tinggi’ mereka seperti 135LC, FZ150i dan 125ZR. Ketika Yamaha memperkenalkan model LC135 4 kelajuan pada 2006, ia menjadi penanda aras baru dalam motosikal jenis underbone. Belum pernah ada motor cub empat lejang yang menggunakan sejukan cecair, blok pembakaran condong 90 darjah dan penyerap hentak belakang monoshock.