Dari Kaca Mata Seorang Blogger Sambilan

Tone Excel

Tone Excel

“Simcard Tone Excel : Haram Kerana Berunsur Helah dan Riba Tanpa Sedar” !

UDPATE : 24-4-16
Demi Keharmonian, Isu TE Dibuang Dari Page Banyak teguran dan nasihat yang membina yang diterima daripada sahabat-sahabat Admin ahli TE dan pandangan awam, antaranya cadangan adalah seperti berikut: 1. Walaupun kita boleh berbeza pendapat, tapi teguran perlu dibuat dengan cara yang baik. 2. Oleh kerana tidak semua orang boleh menerima wujud pendapat yang berbeza, maka posting muamalat.my tentang TE lebih mencetus perbalahan masyarakat yang tidak diingini perlu dibuang. 3. Tidak lagi mengulas isu TE dalam muamalat.my kedua-dua pihak kekal dengan hujah masing-masing. 4. Walaupun kedua-duanya pendapat sama ada yang bersetuju dengan yang tidak bersetuju dengan TE diutarakan, perbalahan masih berlaku dan tidak mencapai objektif keterbukaan yang diinginkan. 5. Admin mengkaji semula pendapat yang telah diutarakan. ----
Setelah meneliti pandangan dan mengambil kira maslahah yang lebih besar, seperti objektif asal page muamalat.my ini diwujudkan, admin page ini bersetuju untuk beberapa perkara berikut: 1. Membuang post berkenaan ‪#‎kisahbata‬ kerana melihat kepada pergaduhan yang tidak diingini berlaku antara masyarakat netters. 2. Walaupun admin berbeza pendapat tentang hukum dengan ahli TE, Admin dengan rendah hati memohon maaf jika pandangan peribadi ditafsirkan sebagai menjatuhkan hukum terhadap orang lain, atau bahasa yang digunakan dilihat menghina dan merendahkan kerana itu bukan niat asalnya. 3. Kenyataan ini mungkin tidak dapat memuaskan hati semua orang, tapi sekurang-kurangnya pernyataan ini menunjukkan kami ikhlas dalam memulihkan keadaan. 4. Cadangan supaya kaji semula pendapat tidak boleh dibuat kerana jika keputusan kajian sama, situasi yang sama berlaku kembali. 5. Tidak lagi akan mengulas isu TE demi menjaga silaturrahim yang amat diutamakan oleh agama. Tujuan page ini diwujudkan bukan untuk mencetuskan kekecohan, tetapi memberi penyelesaian Syariah dalam muamalat. Sehubungan dengan itu, beberapa polisi menjawab persoalan awam akan diperkemaskan lagi. Page muamalat.my akan terus komited memberikan solusi-solusi Syariah terhadap isu semasa.
Nota : Artikel di bawah hanya SATU PANDANGAN , ini tidak bermaksud Tone Excel HARAM.Sepatutnya penulis tersebut tidak secara terang menyebut Tone Excel tanpa kajian secara ILMIAH.
Rukun Perniagaan Dalam Islam:
1. Ada penjual dan pembeli. 2. Ada barang yang dijual beli. 3. Ada tanda harga yang ditetapkan. 4. Ada akad dan qabul.
☛ TONE EXCEL PATUH SYARIAH TANPA MALAYSIA OFFICIAL PANEL SAH
1. Bukan produk emas / perak. 2. Tujuan perniagaan jelas. 3. Komisen yang diberikan jelas sumbernya. 4. Tiada komisen tanpa usaha dan money game. 5. Komisen keuntungan berdasarkan jumlah ahli yang ditaja. 6. Bukan perniagaan berasaskan sistem piramid 7. Tidak mewajibkan ahli membuat belian secara tetap pada kadar tertentu. 8. Sistem perniagaan yang jelas.
Jom baca posting penuh pandangan Ahmad Sufyan Che Abdullah di FP beliau ;
Di sebalik #kisahbata dan Simcard Tone Excel - Satu Pandangan
Simcard Tone Excel Haram kerana berunsur helah dan riba tanpa sedar (2)
Terlalu banyak pertanyaan diterima tentang #toneexcel. Saya pernah tulis di muamalat.my tapi tidak menjawabnya secara 'direct to the point'. Kali ini supaya lebih faham, terutama para ustaz dan penuntut muamalat, perhatikan baik-baik. Dalam proses 'tahqiq al-manat', situasi ini, dalam usul fiqh (teori hukum Islam) dikenali sebagai 'al-khafi'. Al-khafi ialah satu situasi yang mana 'al-manat' atau objektif hukum itu sudah jelas pada peringkat teori, tapi kabur dalam aspek pelaksanaannya, lantaran kesukaran kita untuk mengkonsepsikan realiti dalam bentuk yang jelas. Yang kabur itulah saya jelaskan dalam bentuk tamsilan mudah melalui #kisahbata.
Bisnes

Pengalaman Sebenar Menggunakan Tone Excel

Kisah ini sesuai di baca oleh pengguna handphone sahaja . Jika anda bukan seorang pengguna handphone , artikel ini sangat tidak sesuai untuk di baca.Sebelum saya kongsi pengalaman saya menggunakan simkad Tone Excel , lebih elok sekiranya anda tahu apa itu simkad Tone Excel. Apa itu Simkad Tone Excel. Biasa dengan simkad Celcom , Maxis , Digi , UMobile , RedOne , XOX , ONEXOX dan banyak lagi di pasaran pada hari ini.Fungsi semua simkad tersebut sebagai perhubungan untuk Call , SMS dan Data ( Internet ) begitulah juga dengan simkad Tone Excel. Simkad Toneexcel dikenali sebagai simkad “WOW Prabayar yang Membayar” kerana syarikat berkongsi keuntungan dengan penggunanya.Simkad Tone Excel mula diperkenalkan oleh Tone Excel Sdn. Bhd sejak April 2010 dengan kerjasama TuneTalk dan Lembaga Pelindung dan Keselamatan Pengguna Malaysia. TuneTalk ialah Syarikat Telekomunikasi milik Tune Group dan Celcom. Antara perkhidmatan lain yang dimiliki oleh Tune Group ialah Tune Air (Airasia) dan Tune Hotels.
Tone Excel

Agen Tone Excel Mesti Join GengWOW Kalau Nak Berjaya!

Dalam artikel semalam aku dah cerita tentang penipuan Tone Excel dan apa kaitannya dengan GengWOW?
Dengan harapan korang dapat ambil faham apa yang diceritakan.
But, aku tahu ada yang masih blur dengan sistem pemasaran GengWOW.
Sebelum apa-apa aku nak tanya, korang dah register belum?
Daftar cepat >>> KLIK SINI UNTUK DAFTAR PERCUMA
Sebelum ia dikenakan bayaran kelak.
 Ini lah salah satu kaedah terkini untuk korang buat duit online secara PERCUMA.
gengwow bantu pemasaran tone excel
Serabut Meja Kerja kalau tiada sistem

FUNGSI GENGWOW

Pasti ramai tertanya-tanya “Apakah fungsi GengWOW dan apa manfaatnya kepada korang?
Aku ringkaskan…
GengWOW ini adalah “alat” bagi korang promosikan produk simkad Tone Excel dengan sistem ringkas auto-downline dan direct-downline.
Maksud mudahnya, ia sistem yang tolong korang menguruskan rangkaian secara automatik.

Kalau korang jual Simkad Tone Excel secara online banyak kerja perlu dibuat.

Pertama promosi, setelah ada yang berminat korang perlu explain pulak satu persatu, kemudian tolong daftar simkad.  Lepas tu kena tanggunjawab pulak untuk pastikan pelanggan terima simkad dan kena ajar mereka sehingga simkad diaktifkan.
Kan banyak kerja tu!!!
Tapi, bagi agen Tone Excel yang mendaftar sebagai ahli GengWOW kerja korang hanya Promosi, PRomosi, PROmosi, PROMosi, PROMOsi, PROMOSi, dan terus PEROMOSI.
Selebihnya, semua kerja yang lain sistem GengWOW akan uruskan untuk korang.
Jelas!
Mudahkan…
Tak adalah kerja-kerja tambahan yang memeningkan medula oblogata otak korang yang serabut dengan pelbagai kerja.
Yelah,
Kebanyakan agen-agen Tone Excel ada kerja tetap masing-masing.
Aku faham sangat.
Aku pun sama macam korang jugak.  Nak extra income tambahan.

MISI GENGWOW

GengWOW adalah satu team yang diwujudkan untuk membantu setiap ahli merasakan bisnes networking itu sangat MUDAH dan CEPAT tanpa kerja-kerja remeh temeh lain.
Sistem yang dicipta akan melalui kitaran dengan memastikan setiap ahli mendapat downline yang mendaftar.
Kitaran tersebut bertujuan supaya semua dapat faedah.
Maksudnya, kita saling bantu-membantu rakan yang lain.

Inilah dipanggila bisnes secara berjemaah.

 Bukannya makan sorang-sorang.
Setakat masa ini, kami memilih produk simkad Tone Excel untuk disesuaikan dengan sistem.
Masa hadapan, telah dirancang untuk memasukkan produk lain yang lebih POWER dan MANTAP.
Sekiranya korang ini mendaptkan info tentang simakd Tone Excel, sila layari laman web berikut:
 
  • http://www.thetoneexcel.com
  • http://www.toneexcel.com
Ramai yang telah mendaftar merasakan sistemini sangat membantu dan memudahkan kerja-kerja selepas proses mempromosikan produk.
Dalam bisnes online, anda boleh promosikan sahaja link yang diberi oleh GengWOW melalui Facebook, Twitter,Whatsapp, Wechat, Email, Blog dan lain-lain saluran tanpa menunjukkan produk Tone Excel langsung.
So, tidak berlaku masalah yang kata pasaran produk Tone Excel ni dah tepu.
Aku harap, penerangan diatas jelas mengenai sistem pemasaran cara GengWOW.
Kami bergerak secara berkumpulan untuk membantu agen-agen Tone Excel yang buntu memikirkan bagaimana nak memperkenal produk kepada orang ramai melalui online.
Tone Excel

Kenapa Ramai Agen Tone Excel Gagal ?

Saya percaya ramai agen-agen Tone Excel sedang membaca artikel ini.Kalau anda dikalangan agen Tone Excel yang gagal, jom dengar cerita peribadi aku sendiri nih.

Salah Mindset

Pertama,
Ramai yang fikir, setelah membeli sim kad Tune Talk dan mendaftar sebagai agen Tone Excel dengan bayaran RM65.40 anda boleh:
  • buat duit dengan pendapatan pasif dua kali sebulan
  • duit masuk akaun hanya dengan handset ditangan
  • bebas kewangan dalam tempoh 3 tahun
  • ada simpanan untuk pergi haji
  • dapat naik kapal terbang free
  • zero (0) kos telekomunikasi keluarga
  • senyum lebar hingga ke telinga bila ditaja melancong ke luar negara
  • dan macam-macam lagi yang ada dalam fikiran
Ya...
Saya juga begitu dulu... berangan-angan atas sofa sambil tengok Astro.
Sambil hirup milo panas dalam mug, tangan sebelah kiri memegang smartphone android murah jenama Lenovo.  Dalam kepala, fikir bila smartphone ni nak bertuka jadi IPhone 6 Plus?
Akhirnya, setelah sebulan, dua bulan, tiga bulan dan hingga setahun duit habis untuk topup setiap bulan.Manusia yang mendaftarkan akaun Tone Excel dulu senang lenang masuk bonus setiap kali topup.Semua yang diangan-angankan tetap tinggal dalam benak fikiran sahaja.Kemudian, muncul pelbagai spekulasi dan fitnah.  Kerana yang diimpikan tidak menjadi realiti dalam kehidupan.

Tone Excel Penipu

Mulalah, kata Tone Excel penipu.
Janji kosong.
Dek kerna tidak puas hati, hampir setiap jalan yang dilalui menabur fitnah merata-rata sehingga ada yang terpijak percaya "Jangan masuk Tone Excel, nanti kena tipu"
Sedangkan....
Semua yang diatas betul.
Hakikatnya, diri sendiri yang menipu.  Menipu kepada niat sebenar kepada diri sendiri saat mula-mula mendaftar dulu.Bukannya, Tone Excel yang menipu.  Tetapi diri itu menipu diri sendiri.  Lepas tu, tipu pulak orang lain.
Buktinya, ramai yang dah berjaya.
Tone Excel

Pendapatan Pasif RM500K Sebulan Jual Simkad

Petikan dari seseorang incomenya lebih 500K setiap bulan. Baru-baru ini saya dikejutkan dengan satu panggilan dari sahabat lama. Dia terkejut melihat pencapaian saya dan rakan2 lain didalam ToneExcel dan melahirkan hasrat untuk menyertai semula. Saya hanya tersenyum, dan berkata lebih baik terlambat daripada tak buat. Dia pun bertanya tentang perkembangan ToneExcel sekarang ini, tanya tentang harga, tanya tentang kelebihan dan macam2 lagi. Saya dengan tegas memberitahu dia, mengikut pandangan saya yang kabur ini, sesiapa sahaja yang tak pakai simkad ToneExcel amat-amat rugi jika dibandingkan dengan simkad2 lain. Saya bukan bercerita tentang bisnes tuan, saya membandingkan ia sebagai pengguna "sahaja". 1920226_10202466530197566_986412099_n Simkad jenama lain, rate panggilan mereka ada pelbagai, jika panggilan dari jenama yang sama, kosnya agak murah sedikit sehingga 20 sen seminit, tetapi bila panggilan dari jenama ke jenama yang lain, ia boleh mencecah hingga 38 sen seminit. Ada satu jenama tu hingga sampai 42 sen seminit mengikut keadaan tertentu. ToneExcel tiada keadaan tertentu, tidak mengenal jenama atau sejenis, semuanya pukul rata hanya 28 sen seminit. Ini satu penjimatan.
Tone Excel

Pengenalan Tone Excel

tunetalk-toneexcelKenali Tone Excel Tahukah anda bahawa dengan hanya menggunakan simkad Toneexcel yang “lain daripada yang lain”, anda mampu menjadikan telefon bimbit anda sebagai satu sumber pendapatan yang sangat lumayan dan sangat mudah? Jika anda juga seperti kami yang ada memperuntukkan sejumlah wang setiap bulan untuk telefon, anda pasti boleh melakukan bisnes ini dengan mudah. Mungkin anda tidak percaya, tetapi ramai orang telah menggunakan teknik ini dan telah berjaya memperolehi pendapatan sehingga beribu-ribu sebulan.Inflatable Toys Tahukah anda bahawa apabila anda membeli simkad dari sesebuah kedai telefon, kedai tersebut akan mendapat pulangan yang lumayan daripada Telco anda selagi anda masih menggunakan simkad tersebut? Ini bermakna, jika anda telah menggunakan simkad yang anda sedang guna sekarang ini selama 10 tahun, maka selama 10 tahun jugalah kedai telefon di mana anda beli simkad itu menerima komisen daripada telco anda. Pernahkah telco anda memberi anda komisen apabila anda menyarankan telco tersebut kepada saudara-mara dan keluarga anda? Sudah tentu tidak. Alangkah baiknya jika anda boleh menjadi seperti taukeh kedai hanfon yang hanya perlu menjual simkad sekali tetapi menerima komisen selama-lamanya. Berita baiknya ialah, dengan Toneexcel, anda kini mampu menjadi pengedar simkad dan dibayar komisen untuk selama-lamanya. Sila baca lebih lanjut dengan teliti untuk memahami potensi bisnes Toneexcel dan bagaimana ia boleh membantu anda menambah pendapatan sampingan.