Dari Kaca Mata Seorang Blogger Sambilan

Sejarah

Sejarah

‘Penjajah Tertipu, Tok Janggut Tidak Terkorban’ – Waris

tok janggut pahlawan kelantanTahun 2015 yang akan melabuhkan tirai pada Khamis agak signifikan daripada segi sejarah kerana ia menandakan genap 100 tahun berlakunya peristiwa Tok Janggut menentang British di Kampung Dalam Pupoh, Pasir Puteh, Kelantan. Kalau hendak diikutkan, sudah banyak artikel Tok Janggut diketengahkan sebelum ini. Namun apabila diselidiki hampir kesemua berkongsi sumber yang sama dan tidak banyak maklumat catatan yang boleh diambil sebagai rujukan serta pengajaran bersama. Pada masa yang sama masih banyak persoalan yang tidak terjawab. Ada juga pihak yang sangsi dengan banyak fakta yang didakwa mengikut acuan penjajah. Mereka percaya kisah Tok Janggut dibunuh oleh British hanyalah dongengan bagi menggelapkan sejarah sebenar perjuangan tokoh Serambi Mekah itu. Sebaliknya mereka beranggapan penjajah sendiri tertipu kerana Tok Janggut sebenarnya telah berjaya menyelamatkan diri. Gambar mayat lelaki yang digantung songsang untuk tatapan umum juga bukanlah Tok Janggut.
Sejarah

Kubur Sebenar Tok Janggut ?

kubur sebenar tok janggutSama ada pahlawan Melayu, Tok Janggut, gugur dalam pertempuran dengan British di Kampung Dalam Pupoh, Pasir Puteh, Kelantan atau meninggal dunia pada usia tua, persoalannya di mana pula jasad pejuang itu disemadikan? Sejak sekian lama masyarakat diberitahu kuburnya terletak di Pasir Pekan, Tumpat. Bagaimanapun, usaha penulis menjejaki sejarah pejuang ikonik Kelantan itu membawa kepada penemuan beberapa sumber baharu lokasi lain kubur Tok Janggut. Cerita cucu Tok Janggut Ustaz Wan Asrul Wan Hussin, datuknya dikebumikan di perkuburan lama Kampung Hutan Puteh, Machang akibat sakit tua selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Tok Janggut memang tidak dikenali kecuali di kalangan segelintir pengikutnya dan identiti sebenarnya diminta dirahsiakan sehinggalah beliau meninggal dunia. Pada akhir hayat Tok Janggut berpesan kepada orang-orang terdekatnya, " Kebumikanlah saya sama sebagaimana dengan mana-mana orang lain juga." Jelas Wan Asrul, kubur di Pasir Pekan itu dibuat-buat oleh pihak British bagi mengaburi mata rakyat Kelantan yang mahu membuktikan mereka berjaya membunuh Tok Janggut. "Hanya kaum tua yang hidup lebih daripada 100 tahun mengetahui kisah sebenar kubur di Pasir Pekan itu," katanya.