Pada mulanya saya tidak rasa apa-apa, cuma tersentak ketika benet tercucuk lengan. Lama-kelamaan bila darah banyak keluar barulah rasa sengal-sengal.”
Demikian cerita Lans Koperal Zamri Md. Soot, 29, anggota Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (6 RAMD) ketika menceritakan detik dia cedera di lengan kiri akibat tertusuk benet senjata M16 rakannya pada Majlis Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji Rejimen kelmarin.
Menurut Zamri, kejadian itu berlaku sewaktu dia melakukan pergerakan rusuk senjata semasa mengarak panji rejimen yang baru bila secara tidak sengaja benet rakannya tertusuk ke lengan kirinya sedalam enam sentimeter.
[ad#advertlets]
Dalam kejadian itu, Zamri terpaksa menahan sakit selama dua jam dan enggan meninggalkan barisan walaupun disuruh kerana dia mahu menghabiskan perbarisan penuh istiadat berkenaan yang turut dihadiri oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Menurutnya, dia tidak mahu mencacatkan majlis berkenaan dengan hanya kecederaan yang dialaminya itu kerana peluang untuk melakukan perbarisan sukar diperoleh lagi.
“Sebagai seorang askar, saya juga kena bertahan dan tidak boleh cepat mengaku kalah sesuai dengan cogan kata ‘Berani Mati’ jadi saya tekad menghabiskan perbarisan,” tegasnya ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah di sini semalam.
Jelas Zamri lagi, selain itu dia juga tidak mahu mempersiakan-siakan latihan selama dua bulan berlatih untuk perbarisan penuh istiadat berkenaan dengan hanya kecederaan tersebut.
“Semasa habiskan perbarisan itu, saya tidak fikirkan langsung tentang cedera, apa yang difikirkan lakukan perbarisan dengan sebaik mungkin tanpa cacat cela,” ujarnya yang telah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia empat tahun.- Kosmo
Begitu mendalam semangat yang ada dalam diri saudara Zamri.Inilah dikata kan semangat patriolitik kepada negara.Sempena bulan kemerdekaan ini , marilah kita sama-sama menanam semangat cintakan negara.Hapuskan perselisihan faham sesama kita.Jika kita tidak memelihara negara kita , siapa lagi.Renung-renung bersama.